SELANGOR FC
BERITA

Selangor FC Berkolaborasi Bersama SVG Worldwide

Jun 06, 2024 - FAS

Sepang International Circuit, 5 Jun 2024 – Hari ini Selangor FC dan SVG Worldwide, jenama besar  pakaian tempatan, mengumumkan kolaborasi sebagai penaja rasmi barangan ‘travel’ kelab bagi merapatkan jurang antara sukan bola sepak, tradisi dan budaya.

Kolaborasi ini menyaksikan barisan pemain, kejurulatihan dan pegawai skuad utama Selangor FC bakal menggayakan koleksi pakaian SVG Worldwide semasa perlawanan ‘Away’ dalam saingan Liga Malaysia musim 2024/25 dan Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) 2024. Antara produk yang diperkenalkan dalam kolaborasi ini adalah Trivela Varsity, Kickoff Tee, Imperium Crewneck, The Jaquard Scarf dan Travel Kit Set dengan menggunakan pemilihan warna daripada bendera negara Palestin yang juga menampilkan warna rasmi kedua-dua pihak; Merah dan Hijau mewakili Selangor FC serta Putih dan Hitam warna rasmi SVG Worldwide, mengindikasikan sokongan teguh kami kepada warga Palestin. 

Menurut pengasas jenama SVG Worldwide, Ashraf Anuar, adalah impian beliau untuk berkolaborasi bersama Selangor FC, “Selain minat mendalam terhadap fesyen gaya jalanan, saya juga peminat sukan bola sepak seperti kebanyakan. Sebagai anak jati Klang, Selangor, menjadi impian saya untuk berkolaborasi bersama kelab negeri kelahiran yang diminati sejak zaman sekolah lagi. Tambah lagi apabila Selangor FC bersetuju untuk bersama-sama menggunakan rangkaian ini bagi membuktikan  sokongan kami (jenama dan kelab bola sepak Malaysia) kepada rakyat Palestin. SVG Worldwide amat berbesar hati dapat menjadi rakan rasmi barangan ‘travel’ kelab Gergasi Merah untuk perjalanan mereka musim ini dalam Liga Malaysia dan ACL2.”

Turut melahirkan rasa teruja, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon dapat berkolaborasi bersama jenama besar pakaian tempatan, SVG Worldwide, "Selangor FC amat teruja dengan bekerjasama bersama SVG Worldwide, jenama pakaian tempatan yang dikenali terutamanya di kalangan pemuda. Selaras dengan pencapaian skuad Selangor FC pada musim lalu, kami berharap dengan jalinan ini dapat menunjukkan bahawa kami sentiasa mengalu-alukan bukan sahaja jenama antarabangsa bahkan jenama tempatan untuk bersama-sama mengharungi perjalanan skuad Gergasi Merah saban musim.”

Penjualan rasmi akan bermula pada 8 Jun di Latihan Pusat Selangor FC secara offline dan penjualan online akan bermula pada 9 Jun di www.svgworldwide.com bermula jam 12 tengah hari.

Kami di Selangor FC mengucapkan terima kasih kepada SVG Worldwide atas persetujuan kolaborasi ini. Kami berharap dengan kerjasama ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta membuka lebih banyak mata daripada syarikat tempatan lain di Malaysia khususnya di Selangor untuk bekerjasama bersama kami di masa akan datang.

Demi Kebanggaan!